Naim amiN

Tuesday, December 2, 2008

Pemeriksaan HIV untuk bakal pengantin


















Seperkara yang menjadi wajib bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga adalah pemeriksaan HIV. Pada masa ini negeri-negeri di semenanjung mewajibkan untuk pemeriksaan ini mulai tahun ini. Manakala Sabah dan Sarawak akan mula mewajibkan pada tahun hadapan.

Secara amnya, pemeriksaan ini memberi faedah kepada bakal pengantin bagi mengetahui kondisi kesihatan pasangannya. Seseorang yang HIV positif tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau gejala sehingga daya tahan melawan penyakitnya lumpuh. Seseorang itu mampu bertahan 5-10 tahun untuk menunjukkan tanda HIV. Dalam tempoh 5-10 tahun itu seseorang itu tidak akan menunjukkan tanda hiv positif dan kelihatan sihat seperti biasa. Ini yang amat dikhuatiari jika bakal pengantin tidak melakukan pemeriksaan HIV mungkin dia kelihatan sihat tapi sebenarnya pembawa HIV. Maka cadangan untuk mewajibkan pemeriksaan HIV ini amat penting dalam membentuk keluarga yang sihat.

Namun, ada juga pelbagai pihak menolak untuk mewajibkan pemeriksaan HIV ini. Antaranya SUHAKAM yang dalam kenyataannya pada 1 Julai 06 dalam malysiakini untuk menolak cadangan mewajibkan pemeriksaan HIV atas alasan perkara tersbut adalah kerahsiaan yang tidak patut didedahkan dan mungkin akan jadi satu diskriminasi.

Saya sendiri menjalani pemeriksaan HIV bagi membolehkan kebenaran berkahwin pada 17 Nov yang lalu. Apa yang saya dapati pemeriksaan tersebut bukan satu halangan kepada pengantin yang mempunyai HIV positif. Bakal pengantin yang HIV positif dibenarkan berkahwin sekiranya pasangannya dan keluarganya bersetuju. Namun mereka perlulah menjalani sesi kaunseling dan bagaimana untuk menjalani hidup sebagai pengidap HIV.

Menanti Jumaat 12.12.08.










Hari Jumaat 12.12.08 akan datang akan menjadi satu titik perubahan dalam hidup aku. Satu tarikh yang akan memberi makna yang besar. Tarikh itulah aku akan di akad nikah kan. Seperti sejarah sebelum ini, jumaat adalah penghulu bagi segala hari. Pada hari Jumaat juga telah berlaku beberapa perkahwinan dalam sejarah islam. Antaranya :

Perkahwinan Nabi Adam dgn Hawa

Perkahwinan Nabi Yusof dgn Zulaikha

Perkahwinan Nabi Musa dgn Shafura

Perkahwinan Rasulullah dgn Khadijah

Perkahwinan Rasulullah dgn Aisyah

Perkahwinan Saidina Ali dgn Fatimah

Aku berharap ijab kabul yang akan berlangsung selepas Asar di Masjid Tambak Bunga, Alor Setar akan berjalan dengan lancar dan akan membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup kami berdua. InsyaAllah. AMIN.