Pemeriksaan HIV untuk bakal pengantin
Seperkara yang menjadi wajib bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga adalah pemeriksaan HIV. Pada masa ini negeri-negeri di semenanjung mewajibkan untuk pemeriksaan ini mulai tahun ini. Manakala Sabah dan Sarawak akan mula mewajibkan pada tahun hadapan.
Secara amnya, pemeriksaan ini memberi faedah kepada bakal pengantin bagi mengetahui kondisi kesihatan pasangannya. Seseorang yang HIV positif tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau gejala sehingga daya tahan melawan penyakitnya lumpuh. Seseorang itu mampu bertahan 5-10 tahun untuk menunjukkan tanda HIV. Dalam tempoh 5-10 tahun itu seseorang itu tidak akan menunjukkan tanda hiv positif dan kelihatan sihat seperti biasa. Ini yang amat dikhuatiari jika bakal pengantin tidak melakukan pemeriksaan HIV mungkin dia kelihatan sihat tapi sebenarnya pembawa HIV. Maka cadangan untuk mewajibkan pemeriksaan HIV ini amat penting dalam membentuk keluarga yang sihat.
Namun, ada juga pelbagai pihak menolak untuk mewajibkan pemeriksaan HIV ini. Antaranya SUHAKAM yang dalam kenyataannya pada 1 Julai 06 dalam malysiakini untuk menolak cadangan mewajibkan pemeriksaan HIV atas alasan perkara tersbut adalah kerahsiaan yang tidak patut didedahkan dan mungkin akan jadi satu diskriminasi.
Saya sendiri menjalani pemeriksaan HIV bagi membolehkan kebenaran berkahwin pada 17 Nov yang lalu. Apa yang saya dapati pemeriksaan tersebut bukan satu halangan kepada pengantin yang mempunyai HIV positif. Bakal pengantin yang HIV positif dibenarkan berkahwin sekiranya pasangannya dan keluarganya bersetuju. Namun mereka perlulah menjalani sesi kaunseling dan bagaimana untuk menjalani hidup sebagai pengidap HIV.
